Sunday 2 November 2014

Cara Pemakaian Minyak Wangi Supaya Tahan Lebih Lama



Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh..


Ramai yang tidak tahu bagi golongan lelaki tempat yang paling sesuai dan tahan lama untuk memakai perfume adalah semburan di dada dan belakang dada manakala untuk perempuan adalah dekat kawasan nadi. Satu tabiat buruk pemakai perfume adalah suka menggosokkannya pada sebelah tangan lagi satu pastu sapu kt leher selepas sembur pada sebelah pergelangan tangan. Cara pemakaian perfume sebegitu adalah salah kerana untuk memastikan bau perfume tahan lama, tempat yang disembur tidak boleh disentuh atau digosok. Pemakai kena tunggu sampai perfume itu kering sendiri hingga meresap dalam kulit. Bila anda gosok, bauan 'top note' dan middle note' akan hilang, jadi yang tinggal kat kulit anda cuma lah bauan 'base note'.



Terdapat beberapa cara yang boleh mengekalkan aroma indah wangian anda:


Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian 

Ada beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika kita menggunakan minyak wangi secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan kita. Oleh sebab itu, bauan wangi akan kekal lebih lama berbanding sebelumnya.

Sembur, bukannya menggosok 

Sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit kita. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan. 

Di mana perlu menyembur minyak wangi? 

Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan. Ini kerana titik nadi adalah bahagian yang mana anda boleh rasakan kadar degupan jantung melalui saluran darah yang terletak berhampiran dengan kulit.Kita disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.

Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi

Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.

Simpan wangian di tempat yang betul

Minyak wangi perlu disimpan di tempat yang kering, sejuk dan jauh daripada sinaran cahaya matahari secara langsung. Elakkan minyak wangi anda daripada kelembapan, haba dan cahaya. Selain itu, minyak wangi dalam bentuk semburan digalakkan penggunaannya kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara.


from: 

SMS/Whatsap: 0187865585